fbpx

Peminat minta menteri campur tangan harga burger stadium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Burger yang dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan harga RM6, baru- baru ini.

PETALING JAYA – Tindakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, apabila meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menurunkan harga tiket perlawanan Piala AFF sepatutnya dipuji.

Harga tiket kejohanan tersebut diturunkan dalam tempoh 24 jam selepas menteri berkenaan menegur FAM mengenai perkara tersebut.

Ini semua demi rakyat terutama penyokong yang mahu memberikan sokongan padu kepada pasukan negara tanpa rasa terbeban dengan harga tiket dan perbelanjaan lain seperti minyak kereta atau pengangkutan awam.

Namun terkini, harga burger yang dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan antara Malaysia dan Thailand dikatakan telah mencecah RM6 sebiji.

Rata-rata perkongsian di media sosial turut mencemuh kualiti makanan tersebut apabila hanya daging dan sos cili sedikit sahaja disediakan.

Bukan itu sahaja, ada juga peminat yang hanya memperolehi separuh daging dan separuh sosej dengan harga tersebut.

Orang ramai minta untuk menteri memantau dan campur tangan berkenaan kebenaran serta syarat bagi penjual yang monopoli penjualan burger di stadium.

“Kali ini aku rasa paling mahal, RM6 sebiji dengan daging serta sos sedikit. Sebelum ini harga dalam RM3 hingga RM4.

“Kali ini melampau sangat nak kaut untung,” jelas Luqman Hakim.

“Isu ni sebenarnya dah lama, kalau dulu kita kesianlah dekat penjual sebab dia berjalan menjaja burger.

“Tapi kali ini saya lihat makin teruk, harga naik sekali ganda memang banyak untung la penjual,” jelas Jo Rahman. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI