fbpx

Luahan Pembaca: Laluan khas motosikal macam trek lumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa perlu kerap melakukan rondaan di laluan motosikal bagi memastikan keselamatan pengguna. – GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,

KEWUJUDAN laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan di Lembah Klang sepatutnya boleh mengurangkan kemalangan, namun lorong tersebut kini umpama jerat kepada penunggang motosikal.

Bukan kerana keadaan laluan yang kononnya daif, tetapi sikap penunggang itu sendiri.

Sebahagian mereka me­nunggang laju tanpa mempedulikan keselamatan pengguna lain. Di kawasan larangan memotong di dalam terowong pun tidak dipedulikan, malah mereka tetap memecut laju.

Lebih berbahaya pada waktu puncak apabila ramai warga kota menggunakan laluan tersebut untuk pergi dan pulang dari tempat kerja.

Tindakan menukar lorong tanpa melihat motosikal di belakang terlebih dahulu juga punca kemalangan kerap berlaku. Setiap minggu pasti ada penunggang tergolek di atas jalan atau di dalam longkang.

Ada penunggang juga sesuka hati memasuki laluan motosikal secara melulu.
Sikap tergesa-gesa sebahagian penunggang motosikal terbabit ibarat perangkap maut kepada pengguna lain yang menunggang secara berhemah.

MAT LAN
Klang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI