fbpx

Luahan Pembaca: Kerajaan perlu beri subsidi kepada kantin sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengusaha kantin sekolah juga mengeluh dengan kenaikan harga bahan mentah ketika ini. – GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,

Saya mempunyai empat anak yang masih bersekolah. Sudah tentu kos perbelanjaan mereka setiap bulan adalah tinggi. Setiap tahun, saya tidak nampak kos itu akan berkurangan, sebaliknya terus meningkat.

Selain kenaikan tambang van dan bas sekolah, kini harga makanan di kantin sekolah pun mengalami peningkatan sehingga RM1.

Dahulu nasi lemak RM2 sepinggan, kini RM3 sepinggan.

Saya kini terpaksa memberi lebih wang saku kepada anak-anak supaya mereka cukup makan di sekolah. Dahulu boleh beri RM5 untuk seorang anak yang bersekolah rendah dan menengah, tetapi sekarang terpaksa hulur RM6 atau RM7.

Jumlah itu tidak termasuk kos untuk anak-anak yang bersekolah agama pada sebelah petang. Lebih kurang RM10 sehari untuk seorang anak. Bagi empat orang anak, saya perlu keluarkan belanja RM40 sehari dan seminggu RM200 untuk kesemua anak.

Sudah tentu bebanan amat dirasai terutama golongan M40 yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, malah golongan seperti kami susah untuk menikmati program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) seperti kumpulan B40.

Kenaikan harga makanan di kantin-kantin sekolah sememangnya tidak dapat dielakkan kerana pengusaha kantin juga terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk pembelian bahan mentah yang semakin meningkat. Kita nak menyalahkan mereka 100 peratus pun tidak boleh.

Cuma, kami harapkan supaya kerajaan memberi bantuan subsidi dalam pelbagai bentuk kepada pengusaha kantin-kantin sekolah supaya mereka dapat menurunkan harga makanan, sekali gus membantu meringankan beban ibu bapa.

SITI AMINAH AMINUDIN
Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI