fbpx

Kilang baharu AEM lonjak permintaan produk semikonduktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KON Yeow (tengah) bersama Chandran Nair (kanan) ketika majlis perasmian syarikat AEM Manufacturing Plant, di Perai, di sini, hari ini. Gambar: Iqbal Hamdan

SEBERANG PERAI – Syarikat pengeluar barangan semikonduktor terkemuka, AEM Holdings melebarkan sayap perniagaan mereka di negara ini menerusi pembukaan sebuah kilang baharu berkeluasan kira-kira 365,000 kaki persegi di Perai, di sini.

Difahamkan, kilang baharu itu telah memulakan operasinya sejak Oktober tahun lalu dan menggantikan operasi kilang lama syarikat itu yang terletak di Bayan Lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif AEM, Chandran Nair berkata, pembukaan kilang baharu itu membolehkan syarikatnya memenuhi permintaan yang lebih tinggi khususnya terhadap peralatan semikonduktor di negara ini.

“Kilang ini akan berfungsi sebagai tempat pemasangan, jaminan kualiti (QA), gudang, makmal (penyelidikan dan pembangunan) dan sebagainya.

“Dengan kerjasama daripada ibu pejabat global AEM yang berpusat di Singapura, saya percaya AEM mampu mengukuhkan kedudukannya selaku hab untuk pengeluaran barangan semikonduktor di rantau ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis pembukaan rasmi kilang AEM di Taman Perindustrian Perai di sini yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Selain kilang di Pulau Pinang, AEM turut memiliki kilang di beberapa lokasi lain di seluruh dunia termasuk di Batam, Indonesia; Ho Chi Minh, Vietnam; Suzhou, China dan Lieto di Finland. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI