LIPIS – Kejadian maut akibat dipijak gajah berulang lagi di negeri ini apabila seorang kanak-kanak berusia 12 tahun maut akibat dipijak haiwan liar berkenaan di Pos Sinderut di sini hari ini.
Kejadian tengah hari itu mengulangi kejadian seorang wanita Orang Asli yang maut akibat dipijak gajah di Kampung Simoi Baru, Pos Betau pada 7 Disember tahun lalu.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, mengesahkan kejadian dan maklumat lanjut mengenai kejadian akan diberikan kemudian. – KOSMO! ONLINE