fbpx

Isu kad NFC Touch ‘n Go: Bila akan selesai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masalah perolehan dan pembelian kad NFC masih tidak dapat diselesaikan pihak Touch n' Go.

PETALING JAYA – Isu kad NFC dari Touch ‘n Go Malaysia nampaknya masih lagi tidak dapat diselesaikan.

Terbaharu melalui satu hantaran di Facebook milik Akhtar Syamir menjelaskan, pengendali kad sentuh itu sepatutnya memperbaiki kelemahan.

“Masalah kad NFC diorang ini dah makan tahun. Masih lagi tak dapat selesaikan.

“Sampai kena masuk group telegram, kena berebut dan sebagainya untuk beli benda yang kita pakai hari-hari. Sepatutnya benda ni mudah untuk dibeli. Bukan kena buat itu ini baru dapat beli,” tulisnya.

Jelasnya, ketika ini masih ramai lagi individu yang mengaut untung dengan menjual kad berharga RM10 itu dengan harga tinggi sehingga mencecah RM80.

“Kenapa korang tak boleh selesaikan masalah ni? Kenapa masih berleluasa orang jual kad RM10 ni dengan harga RM70-RM80 lagi?

“Wake up la. Do something (Bangun dan lakukan sesuatu). Orang tiada pilihan, kalau orang ada pilihan, memang orang tak akan guna kad ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI