fbpx

‘Biarpun bukan jenama mewah, ini beg tangan hadiah ayah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan keterujaan Zoe mendapat hadiah beg tangan daripada ayahnya.

PETALING JAYA – Keterujaan seorang remaja perempuan menerima hadiah seutas beg tangan Charles & Keith daripada bapanya yang dianggap sebagai jenama mewah bertukar menjadi kesedihan apabila dikecam segelintir netizen.

Ramai netizen mendakwa beg tangan tersebut bukanlah jenama mewah seperti dikatakan remaja berkenaan.

Bagaimanapun, remaja wanita itu, Zoe dalam rakaman video di TikTok berkata, duit adalah topik yang membuatkannya tidak selesa untuk membicarakannya kerana dia membesar dalam serba kekurangan.

“Kami tidak mampu membeli benda baharu, meski hanya sebuku roti. Setiap kali kami lalu di hadapan kedai, orang tua saya akan berkata, ‘lain kali’. Tetapi kami tidak pernah kembali ke kedai itu lagi.

“Bagi anda, beg bernilai AS$80 (RM350) mungkin bukan sebuah beg mewah, tetapi bagi saya dan keluarga, ia sungguh bermakna dan saya sangat bersyukur.

“Ayah saya mampu membelikan untuk saya kerana tahu dia bekerja sungguh keras demi mendapatkan bag tersebut,” jelasnya menerusi satu hantaran video.

Di ruangan komen, sebahagian besar netizen memberi sokongan serta kata-kata semangat buat remaja perempuan berkenaan.

“Walau semangkuk nasi pun menjadi benda berharga buat sesetengah orang,” komen pengguna Twitter, @matcha_cihh.

“Tidak kisah sama ada berjenama mewah atau tidak. Tidak ada Chanel atau Hermes yang mampu menggantikan kasih sayang ayah kamu,” kata @stefenmah.

Hantaran video tular itu telah meraih 208,000 tanda suka dan 2,500,000 jumlah tontonan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI