fbpx

Amaran ribut petir di 8 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan angin kencang telah dikeluarkan melibatkan lapan negeri termasuk Sabah menjelang petang nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui Facebook rasminya sebentar tadi memaklumkan amaran tersebut dikeluarkan sehingga pukul 5 petang nanti.

“Antara negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka serta Sabah.

“Di Kelantan daerah terlibat adalah Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai manakala di Terengganu adalah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman,” jelas kenyataan tersebut hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, bagi Pahang daerah yang terlibat adalah, Tanah Tinggi Cameron dan Bentong. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI