fbpx

Sultan Kosen cabar Sulemana bukti siapa lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Kosen yang merupakan lelaki tertinggi dunia labelkan diri sendiri sebagai warisan dunia. - Foto Getty Images

ANKARA, Turkiye – Lelaki tertinggi dunia, Sultan Kosen melabel dirinya sebagai warisan budaya dunia sambil secara terbuka mengejek saingan yang cuba untuk mencuri ‘mahkotanya’, lapor portal berita Daily Star.

Beliau yang berasal dari Turkiye menyindir lawannya, Sulemana Abdul Samed yang mendakwa memiliki ketinggian 2.9 meter (9 kaki 6 inci) dan memecahkan rekod dunia. Kata Sultan, ketinggian tersebut hanya kerana Sulemana memakai kasut.

Lelaki berusia 40 tahun itu sebaliknya mendakwa bahawa dia kekal manusia tertinggi di dunia.

Sultan yang memiliki ketinggian 2.51 meter (8 kaki 2.8 inci) merupakan pemegang Guinness World Records untuk lelaki tertinggi yang masih hidup. Beliau memberitahu agensi berita Andalou: “Saya mempunyai kaki terbesar di dunia. Saya memakai kasut saiz 61. Saya juga memiliki tangan terbesar di dunia.

“Rekod saya didaftarkan. Saya warisan budaya dunia. Saya dengar ada berita menyatakan rekod Sultan (Kosen) sudah tamat. Ada orang lebih tinggi daripada Sultan. Kalau ada, mari kita ukur ketinggian kita.

“Saya telah memegang rekod ini selama 14 tahun. Saya tidak akan kehilangan rekod saya kepada sesiapa. Saya bertekad mengenainya.”

Sebelum ini, Sulemana dari Ghana lebih tinggi daripada beberapa rumah di kampungnya, dan pemeriksaan perubatan baru-baru ini mendapati lelaki itu mendakwa dia berukuran 2.9 meter. – Agensi

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI