SEJAK tahun lalu, Diva perasan mengenai kewujudan segelintir individu yang suka melaga-lagakan golongan selebriti.
Perkara tersebut terbawa-bawa pula sehingga ke tahun ini. Paling ketara selepas isu Neelofa menasihatkan segelintir individu mengenai nikmat percutian.
Tidak merujuk mana-mana pihak, ramai pula yang berpendapat hal tersebut ditujukan kepada Fazura. Berat sungguh tuduhan ramai itu ya.
Tetapi syukur kedua-dua selebriti itu sangat profesional sehingga tidak bertekak dalam media sosial.
Diva rasa hubungan mereka okey sahaja dan tidaklah seteruk yang disangka ramai. Harapnya sikap suka melaga-lagakan selebriti dihentikan.
DIVA: Dengar cerita ada pelakon janda dah sedia nak berkahwin lagi. Siapa tu ya?