fbpx

Rita Rudaini pesan kuat mental, fizikal naik mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAIN memberi sokongan buat Puteri Sarah, Rita Rudaini juga menegur golongan bapa berkemampuan yang sangat berkira dalam isu pemberian nafkah anak.

PETALING JAYA – Pernah melalui pengalaman turun naik mahkamah syariah menuntut hak membuatkan pelakon Rita Rudaini mengingatkan Puteri Sarah Liyana Kamaruddin mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal.

Katanya, cabaran lebih besar bakal menunggu apabila kes rumah tangga dibawa ke muka pengadilan nanti yang turut membabitkan campur tangan pihak luar.

“Selepas ini episod mahkamah lagi perit. Akan ada campur tangan dan tukang mengajar pelik-pelik.

“Lepas itu, netizen yang tak tahu pasal hukum hakam pula akan salahkan pihak perempuan,” katanya menerusi perkongsian InstaStory.

Rita juga menyatakan mengenai wujudnya kelompok bapa yang lebih daripada berkemampuan dari segi wang ringgit namun berkira-kira dalam soal hak nafkah anak.

“Aku dah lalui. Pasal roti pun akan jadi isu di mahkamah. Duit berlambak dan berkepuk tetapi kalau hati dah hitam, soal hukum hakam pun dia buta.

“Maka bermulalah episod kena minta nafkah anak. Duit banyak belum tentu nak bagi anak-anak, kena gaduh dulu dekat mahkamah. Benda yang tak sepatutnya dipertikaikan dalam mahkamah, itu kan tanggungjawab.

“Macam mana kau belanja, macam itu juga kena bagi dekat anak-anak. Bila dah sampai tahap kena bincang dekat mahkamah ini sebab hati lelaki itu sudah tahap bangkai,” luahnya lagi.

Pada masa sama, ibu tunggal anak dua itu memuji sikap penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam yang mempertahankan serta menyayangi menantunya ketika sedang bergelut dengan kemelut rumah tangga.

Tambah Rita lagi, keperibadian serta sokongan tidak berbelah bagi ibu bapa mentua dalam situasi tersebut selain tidak menyebelahi darah daging sendiri secara membuta tuli sebagai contoh insan yang mempunyai didikan baik.

“Inilah contoh keluarga mentua yang ada didikan baik, hati yang baik. Tidak menyokong benda yang salah walaupun daripada anak kesayangan sendiri. Salah tetap salah. Keluarga yang ada ‘class’ tersendiri,” katanya.

Terus memperjuangkan nasib wanita, Rita turut mengecam tindakan suami yang jelas tidak menghormati isteri dengan mengkhianati kepercayaan diberi.

Untuk rekod, Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan namun berpisah pada 2013. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI