fbpx

Piala FA: Potter yakin jawatan masih lagi selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POTTER perlu merencanakan strategi terbaik untuk mengelak Chelsea tewas buat kali kedua berdepan City awal pagi esok. – AFP

LONDON – Chelsea dijangka berdepan aksi sukar sekali lagi apabila berkunjung ke Stadium Etihad menentang Manchester City bagi perlawanan pusingan ketiga saingan Piala FA awal pagi esok.

The Blues berdepan situa­si cukup merisaukan ketika ini apabila sekadar mencatat satu kemenangan dalam lima perlawanan terakhir sehingga mencetuskan spekulasi berhubung masa depan pengurus, Graham Potter.

Bagaimanapun, bekas pe­ngendali Brighton itu yakin pemilik The Blues, Todd Boehly akan terus memberikan kepercayaan kepadanya dalam usaha beliau melakukan transformasi jangka panjang di Stamford Bridge.

“Pemilik kelab adalah bilionair dan mereka sangat bijak dalam urusan seperti ini. Mereka faham mengenai cabaran yang kami sedang hadapi ketika ini. Mereka juga tahu ke mana arah tujuan pasukan.

“Pengurus-pengurus seperti Pep (Guardiola) dan Mikel (Arteta) juga memerlukan sedikit masa untuk membentuk sebuah pasukan mantap. Saya tidak letak tempoh, tetapi saya tahu tanggungjawab dan apa yang perlu dilakukan di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Potter juga sedar dengan aksi sukar yang akan dihadapi pada pertemuan awal pagi esok, lebih-lebih lagi mereka baru sahaja tewas 0-1 kepada lawan sama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

“Saya tahu cabaran sukar menanti kami pada perlawanan itu, tetapi kami perlu hadapinya walaupun pasukan berdepan isu kecederaan pemain. Bagaimanapun, saya tidak akan berpeluk tubuh dan mengharapkan keajaiban,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI