fbpx

Piala FA: Lampard enggan fikir masa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMPARD berdepan tekanan tinggi ketika ini selepas Everton tewas buat kali kesembilan dalam 12 perlawanan terakhir dilalui. - AFP

MANCHESTER – Pengendali Everton, Frank Lampard mengakui tidak mampu menentukan masa depannya ketika ini selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Piala FA apabila tunduk 1-3 kepada Manchester United awal pagi semalam.

Lampard memahami kesan kekalahan tersebut apabila ia menjadi kekalahan kesembilan daripada 12 perlawanan yang terpaksa dihadapinya menyebabkan peluangnya untuk kekal semakin tipis biarpun mendapat sokongan penuh daripada penyokong The Toffees.

“Ia (masa depan) tidak berada dalam kawalan saya. Saya tidak boleh memberikan fokus mengenai perkara itu. Tumpuan ketika ini adalah menilai bagaimana sikap pemain yang telah memberikan persembahan terbaik pada aksi kali ini.

“Persaingan di sini berubah dengan pantas, apabila anda berdepan kesulitan, anda perlu bekerja lebih keras untuk keluar daripada masalah yang dihadapi dan ia mampu dilakukan.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai nasib yang bakal saya hadapi, saya hanya mahu berbicara mengenai pemain dan cara mereka bermain. Fokus saya dan pasukan ini adalah untuk mendapatkan keputusan yang baik menentang Southampton selepas ini,” katanya.

Lebih 9,000 penyokong Everton yang hadir menyaksikan perlawanan berkenaan memberikan sokongan dan tepukan gemuruh kepada Lampard serta para pemainnya selepas perlawanan berkenaan berakhir biarpun terpaksa pulang dengan hampa.

“Reaksi yang kami terima selepas perlawanan menceritakan situasi sebenar. Mereka melihat semangat dan cara kami bermain. Ia adalah baik untuk pemain melihat sendiri sokongan yang diberikan, apabila anda memberikan segala-galanya, peminat akan menghormati,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI