fbpx

Pensyarah wanita rugi duit RM1.3 juta dikebas ‘Inspektor Ku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL ZAMAN menunjukkan aplikasi 'whos call' yang boleh mengesan panggilan scammer pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang pensyarah wanita kerugian RM1.3 juta akibat ditipu individu menyamar sebagai ‘Inspektor Ku’ selepas didakwa terlibat aktiviti pengubahan wang haram dan dadah.

‘Pegawai polis’ itu menawarkan bantuan dan mengarahkan mangsa yang berusia 41 tahun membuka akaun bank baharu bagi menyelesaikan kes tersebut.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa  membuat laporan polis semalam selepas semakan mendapati kesemua wangnya dipindahkan ke dalam beberapa akaun yang tidak dikenali.

“Kes bermula apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang yang memperkenalkan diri dari Kementerian Kesihatan mendakwa dia terlibat dalam pemalsuan laporan Covid-19 di Sabah.

“Setelah mangsa menafikan dakwaan itu, panggilan disambungkan kepada individu kononnya pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bernama Inspektor Ku. Lelaki itu beritahu mangsa terlibat kes pengubahan wang haram dan dadah,” katanya pada sidang akhbar di IPK Johor di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, mangsa turut diarahkan untuk menyerahkan kata laluan perbankan online selain mendaftarkan nombor telefon yang diberikan lelaki tersebut.

Setelah membuka akaun bank baharu, mangsa mengikut arahan Inspektor Ku untuk memindahkan semua wang ke dalam akaun tersebut kononnya untuk simpanan selamat sementara sehingga kes selesai.

“Antara 17 Oktober hingga 25 November tahun lalu, mangsa telah memindahkan wang berjumlah RM1.3 juta ke akaun baharu itu,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI