fbpx

Penduduk beri peringatan sebelum seorang pelajar lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRUL AZHIM menunjukkan lokasi pelajar lemas di Pantai Cherating di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang datang beriadah di Pantai Cherating sudah diberi peringatan agar tidak mandi terlalu jauh dari pantai sebelum berlakunya kejadian lemas yang meragut nyawa salah seorang dari kumpulan terbabit.

Penduduk yang juga penjaga kawasan tempat letak kenderaan Pantai Cherating, Amirul Azhim Abu Talib, 30, berkata, dia telah mengingati kumpulan pelajar tersebut sebaik sahaja melihat kedatangan mereka ke pantai tersebut semalam.

Katanya, melihatkan sekumpulan lima pelajar yang mandi pada jarak kira-kira 500 meter dari pantai sudah mula membuatkan dirinya berasa tidak sedap hati.

“Ketika itu saya sedang membuat kerja-kerja di sekitar kawasan tempat letak kereta ini. Saya nampak sekumpulan lima pelajar itu berada semakin jauh ke tengah pantai, ketika itu saya sudah terdetik rasa tidak sedap hati.

“Tidak lama kemudian saya didatangi salah seorang daripada mereka yang memaklumkan rakan mereka telah lemas,” katanya di sini hari ini.

Susulan itu, Amirul Azhim berkata, dia terus bertindak memandu kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) miliknya ke sepanjang persisiran pantai bagi mencari mangsa.

Katanya, dalam masa sama dia turut meminta rakan mangsa untuk meminta bantuan daripada peluncur ombak yang sedang melakukan latihan di kawasan sekitar untuk mencari mangsa.

“Pada awalnya peluncur menyangka telah menemukan mangsa dengan penemuan objek di tengah pantai, tetapi rupanya setelah didekati, objek itu adalah pelampung,”katanya.

Dalam pada itu, Amirul Azhim memberitahu, kali terakhir kejadian lemas hingga meragut nyawa berlaku di Pantai Cherating adalah pada tahun 2015.

“Lokasi mangsa dilihat lemas adalah lokasi yang sama kejadian lemas yang berlaku pada tahun 2015. Ada satu kawasan di Pantai Cherating ini yang ada teluk, bahaya jika mandi di kawasan itu yang berarus deras,” katanya.

Sementara itu Amirul Azhim memberitahu, pantai itu tidak mempunyai pengawal pantai menyebabkan dia secara sukarela bertindak menjadi pemantau bagi kawasan berkenaan.

Katanya, sekiranya keadaan cuaca tidak sesuai dengan ombak serta air yang deras, dia akan bertindak menasihati pengunjung agar tidak mandi terlalu jauh dari persisiran pantai.

“Saya dan peniaga di sekitar kawasan ini juga akan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa selain akan menghulurkan segala bentuk bantuan sekiranya berlaku kejadian kecemasan seperti kejadian lemas yang berlaku semalam,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI