fbpx

Mayat pelajar UiTM Dungun ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT mangsa ditemukan tertiarap di Pantai Cherating kira-kira lapan kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Mayat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang hilang ketika mandi di Pantai Cherating di sini semalam ditemukan pada pukul 7.30 pagi tadi.

Mayat mangsa, Adam Ridhuan Abdul Rejab, 18, ditemukan kira-kira 8.6 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mayat mangsa ditemukan oleh orang awam yang sedang beriadah di Pantai Cherating di sini.

“Orang awam terbabit dikatakan terlihat mayat mangsa dalam keadaan tertiarap dengan memakai singlet berceloreng hijau dan seluar pendek hitam.

“Orang awam terbabit kemudiannya bertindak menghubungi talian kecemasan 999 untuk tindakan selanjutnya,”katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Mohd Zahari, bertindak atas maklumat awam, pihak polis telah bergegas ke lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk tindakan lanjut.

Katanya, pemeriksaan awal ke atas badan mangsa tidak menemukan sebarang kecederaan dan perkara mencurigakan berunsurkan jenayah.

“Ahli keluarga mangsa telah membuat pengecaman awal dan mengesahkan identiti mangsa,”katanya.

Semalam, seorang pelajar UiTM dikhuatiri lemas selepas dibawa arus ketika mandi bersama empat lagi rakannya di Pantai Cherating di sini.

Mangsa dilaporkan tiba di pantai terbabit pagi semalam bersama 19 rakannya untuk berehat dan berkelah.

Mangsa yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor dikatakan hanyut dibawa arus deras dan hilang ketika mandi bersama-sama rakannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI