fbpx

Luqman Hafidz nafi orang ketiga punca perceraian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS lebih enam bulan bercerai, Luqman Hafidz berkata, dirinya masih belum mempunyai pengganti biarpun memiliki ramai kawan perempuan.

PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah, Luqman Hafidz menafikan kenyataan bekas isteri, Nurul Atiqah mengenai dakwaan kehadiran orang ketiga dalam perhubungan mereka sehingga menyebabkan berlakunya perceraian.

Menurut Luqman, 31, dia mengambil keputusan menghiraukan sebarang tuduhan daripada bekas isteri yang dibuat dalam hantaran Instagram awal Januari lalu dan tidak mahu mendedahkan punca penceraian mereka.

“Jika pihak sana mengatakan orang ketiga yang menjadi punca kami bercerai, saya nafikan. Terpulang apa yang dia mahu katakan.

“Buat masa sekarang saya tiada siapa-siapa dan tidak terfikir untuk mencari teman hidup baharu.

“Biarlah punca hal rumah tangga hanya saya dan pihak sebelah sana yang tahu untuk menjaga ibu bapa mertua dan keluarga saya,” kata pemilik nama lengkap Mohd. Luqman Hafidz Mohd. Fauzi itu.

Sebelum ini, pelakon Ola Bola itu terpalit dengan spekulasi bercuti ke Pulau Pinang bersama orang ketiga yang dipercayai mengganggu perkahwinannya.

Namun, Luqman menafikan perkara tersebut dan memaklumkan memiliki ramai kawan perempuan lebih-lebih lagi sejak menjejakkan kaki dalam dunia pengarahan.

“Orang boleh cakap apa yang mereka mahu katakan. Saya jenis berkawan dengan semua.

“Apabila sudah berada di kerusi pengarah sekarang, saya kerap berjumpa ramai orang.

“Buat masa ini, apa yang boleh saya maklumkan adalah saya ramai kawan wanita tetapi tiada yang istimewa,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon asal Selangor itu memaklumkan lebih selesa mengunci mulut mengenai hal perkahwinannya termasuk perceraian yang berlaku pada Jun tahun lalu.

“Siapa yang kenal saya dan ikut penglibatan dalam industri akan tahu bahawa saya jenis susah berkongsi perkara privasi.

“Selepas selesai proses perceraian pada Jun lalu, saya lebih fokus perihal kerja,” katanya.

Terdahulu, Luqman mendedahkan telah meleraikan ikatan perkahwinan bersama Nurul Atiqah secara baik di mahkamah.

Mereka mendirikan rumah tangga pada Mac 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Eve Laura yang kini berusia tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI