fbpx

Kos umrah naik mendadak ekoran kenaikan harga hotel di Mekah, Madinah -Matta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA -Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) memaklumkan berlaku kenaikan mendadak harga bagi pakej umrah bagi jemaah yang ingin menunaikan ibadah itu ketika ini.

Ini kerana kata Naib Presiden Haji dan Umrah Matta, Mohd. Azri Abd Razak, perkara itu berlaku ekoran kenaikan mendadak kadar hotel di Mekah dan Madinah.

Jelas beliau, kenaikan itu berpunca daripada permintaan tinggi di hotel terutamanya di kedua-dua kota suci pada masa ini.

“Ia berikutan peningkatan jumlah jemaah umrah dari seluruh dunia apabila kerajaan di negara masing-masing membuka sempadan selepas situasi pandemik Covid-19 beransur pulih.

“Bukan harga hotel sahaja yang meningkat, malah harga pengangkutan dan tiket penerbangan juga semakin membebankan khususnya ketika musim kemuncak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Azri berkata, agensi pelancongan turut berdepan kesukaran mendapatkan pengesahan tempahan walaupun sudah menjelaskan bayaran penuh kepada pihak hotel.

“Kenaikan harga mendadak oleh pihak hotel membuatkan agensi pelancongan tersepit dan tiada pilihan selain menaikkan harga pakej terhadap jemaah umrah.

“Dengan keadaan dan kecelaruan yang berlaku sekarang, pihak Matta meminta agar semua jemaah umrah untuk bersabar dan memahami situasi ketidaktentuan yang berlaku di Madinah dan Mekah,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI