fbpx

Kelindan maut lori treler terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN lori yang terbabas di Kilometer 43 Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak di Bentong semalam.

BENTONG – Dipercayai akibat kegagalan brek menyebabkan seorang kelindan lori maut selepas lori treler dinaikinya terbabas dan melanggar konkrit penghadang jalan di Kilometer 43 Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu berlaku ketika mangsa V. Shunmugam,69, bersama rakannya dalam perjalanan ke arah Bentong.

“Berdasarkan siasatan apabila tiba di lokasi kejadian lori treler telah mengalami kegagalan brek semasa menuruni bukit lalu terbabas melanggar konkrit penghadang jalan di selekoh.

“Akibat kemalangan pemandu lori mengalami patah tangan kiri manakala kelindan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital,”katanya di sini hari ini.

Menurut Zaiham kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

“Pihak polis menasihatkan semua pengguna jalan raya khususnya kenderaan berat agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah serta memastikan kenderaan yang dipandu diselenggara dengan baik,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI