fbpx

Jawapan kemelut Puteri Sarah, Syamsul Yusof, Ira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDEDAHAN perkahwinan kedua Syamsul meleraikan desakan Puteri Sarah sekali gus memberi 'kemenangan' buat Ira Kazar selepas sah diakui sebagai isteri pengarah tersohor itu.

BUKAN menyangkal suratan takdir Ira Kazar kini sah isteri kedua Syamsul Yusof tetapi apa kurangnya Puteri Sarah sampaikan dia ‘diduakan’ suaminya?

Apa pula lebihnya Ira sehinggakan Syamsul membulatkan hasrat memperisterikan wanita itu? Adakah sebab anak pelakon senior, Kazar Saisi itu berstatus ‘orang muda’ membuatkan Syamsul mencari jalan bahagia lain.

Secantik-cantik Sarah yang rupa parasnya persis bintang Hollywood, Angelina Jolie pun dimadukan. Hubungan dengan mentua juga paling dijaga. Apa lagi kualiti yang dicari Syamsul?

Jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut dikandung sosok bernama Syamsul. Hanya dia yang ada jawapan hakiki.

Kalau diukur dari segi kemampuan kewangan, Syamsul sebenarnya terlebih mampu untuk beristeri dua, tiga atau empat sekalipun. Mampu bersikap adil atau tidak, itu kisah lain yang hanya mereka terlibat merasai.

Selepas episod kemelut rumah tangga dengan isterinya, Sarah berpanjangan, Syamsul meleraikan segala kekusutan apabila akhirnya mengaku sudah menjadikan Ira sebagai isteri keduanya yang sah.

Barangkali Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof bukan mengelak memberi jawapan, namun menunggu waktu sesuai untuk membuat pengakuan atau pendedahan bahawa dirinya sudah bernikah sekali lagi.

KEMELUT tak sudah hubungan ‘panas’ antara Syamsul dan Ira akhirnya lebur dengan ikatan perkahwinan pengarah itu di Thailand berwalikan pelakon Kazar Saisi.

Kalau benar pun, mengaku sahaja dan itulah yang selayaknya dilakukan Syamsul bagi memberi keadilan kepada semua pihak terutama isteri pertama dan kedua.

Sementelah, apa jadi dengan saman RM10 juta yang kononnya ingin diambil Syamsul terhadap agensi kerajaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)?

“Alhamdulillah, hari ini (Jumaat) Ira Kazar telah sah menjadi isteri saya, sah di sisi syarak, di sisi Tuhan,” dedah Syamsul dalam sebuah video Instagramnya.

Sungguhpun begitu, Sarah tidak menunggu lama untuk memberi respons terhadap muat naik video yang dikongsi suaminya itu.

Puteri Sarah kesal disalahkan

Sarah atau nama lengkapnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin melahirkan rasa kesal apabila kesalahan sepertinya diletakkan di atas pundaknya selaku isteri.

“Awak (Syamsul) buat semuanya kini silap saya? Okey, tunggu. Tengah ‘shooting’. Kejap lagi saya buat video. Tunggu ya.

“Tapi, apa-apa pun, tahniah sebab akhirnya mengaku dan berdaftar. Selepas dah berbulan nikah di Thailand kan,” coret Sarah berbaur sindiran menerusi InstaStory.

Dedah Syamsul, dia dan Ira memilih untuk bernikah di Thailand atas beberapa faktor dan memudahkan urusan. Kini pernikahan mereka sudah didaftarkan dan mengikut cara yang sah.

PUTERI Sarah tetap akan membawa kes melibatkan rumah tangganya ke muka pengadilan.

Menerusi muat naik video dalam Instagram, Syamsul menegaskan bahawa Sarah masih lagi isterinya dan merayu agar wanita itu pulang ke rumah dan berbincang segala permasalahan.

“Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, pulanglah ke rumah supaya kita boleh berbincang secara baik tanpa mengaibkan sesiapa. Sudah-sudahlah bawa anak ke sana ke mari tanpa meminta keizinan suami, saya masih suami awak,” getusnya.

Tak belakangkan keluarga – Syamsul

Jelasnya lagi, dia tidak pernah terfikir untuk membelakangkan mana-mana pihak terutama keluarga dengan mengahwini Ira.

“Kepada keluarga, saya tak berniat membelakangkan sesiapapun. Apa yang saya harapkan adalah doa yang baik-baik daripada kedua-dua ibu bapa, adik-beradik dan keluarga sepupu sepapat.

“Saya juga berdoa agar keputusan yang dibuat ini dirahmati dan dilindungi Allah SWT daripada segala fitnah ataupun hasad dengki orang.

“Paling penting, pernikahan ini sah di sisi syarak. Itu yang paling penting,” ujarnya.

Perjuangan Sarah yang mahukan suaminya mengaku sudah tercapai selepas diasak tanpa henti. Namun secara tidak langsung, pengakuan Syamsul ibarat ‘kemenangan’ besar buat Ira apabila kini dia menggenggam status isteri pengarah itu. Next.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI