fbpx

Fadhlina ambil peluang cuti hujung minggu lawat sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina beramah mesra bersama pelajar SMK Seri Nibong ketika melakukan lawatan ke sekolah itu hari ini.

PETALING JAYA – Tatkala orang lain sibuk menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga tersayang, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pula ‘sibuk’ mengadakan lawatan ke sekolah.

Menerusi hantaran terbaharu Ahli Parlimen Nibong Tebal itu, beliau hari ini meneruskan rutin ziarah santai ke sekolah iaitu ke Kompleks asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nibong.

Jelas beliau, asrama tersebut menempatkan sekitar 200 orang pelajar.

Lawatan itu turut diiringi Pengetua SMK Seri Nibong, Zainuddin Abdul Hamid dan Pegawai Pendidian Daerah Seberang Perai Selatan, Dziauddin Mat Saad.

“Hujung minggu murid ‘outing’ YB. Takpa ka nak mai? soal Cikgu Zainuddin.

“Cikgu Zainuddin bersama pasukan juga menunjukkan keadaan rumah warden yang memerlukan tambah baik fasiliti dengan kadar segera,” tulisnya di laman Facebook hari ini.

Tambah Fadlina, pihak PPD juga akan membantu penyeliaan keperluan guru, warden dan murid diperkemaskan.

“Pesanan saya untuk anak-anak tingkatan 5 yang tekun meluangkan masa hujung minggu untuk mengulang kaji pelajaran, agar turut menjaga kesihatan dengan baik,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI