fbpx

Bapa dua anak jadi gelandangan di jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan bapa kepada dua orang anak yang menjadi gelandangan sekali gus meraih simpati warga netizen.

PETALING JAYA – Luluh hati seorang wanita apabila melihat seorang warga emas bergelar bapa menjadi gelandangan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), laluan menuju ke Transit Aliran Ringan (LRT).

Perkongsian dimuat naik oleh Khaleeda Nasuha di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas sedang duduk sambil merenung jauh seakan-akan memikirkan sesuatu sebelum disapa olehnya.

Menurut lelaki yang berasal dari Kelantan itu, dia yang tidak memiliki rumah mempunyai dua orang anak, lelaki dan perempuan yang menetap berdekatan sebuah lapangan terbang.

“Semoga anaknya melihat video ini. Saya sudah tidak dapat menahan air mata,” kata Khaleeda yang meminta masyarakat berkongsi video tersebut sehingga ke pengetahuan anaknya.

Di ruangan komen, hantaran itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib warga emas tersebut.

“Semoga pak cik terus dilindungi. Kadangkala, seorang ayah tidak ingin menyusahkan anak-anak. Dia senyum, dan ketawa untuk menyembunyikan perasaan sebenar. Semoga pak cik terus kuat,” kata pengguna lain, @smamatahari.

Rakaman video tersebut telah meraih sebanyak 737,200 jumlah tontonan dan 98,200 tanda suka setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI