fbpx

Amaran ribut petir di beberapa negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri sehingga pukul 10 pagi ini.

Negeri tersebut melibatkan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) serta Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang).

“Selain itu, Selangor (Klang, Kuala Langat dan Sepang); Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar) serta Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya pada hantaran Facebook.

Mengulas lanjut, MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI