fbpx

Wanita kuat, Janna Nick saksi Puteri Sarah menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA Nick mempertahankan Puteri Sarah dengan berkata, dia menyaksikan sendiri pelakon itu menangis di set penggambaran tetapi tetap profesional melakukan kerja.

PETALING JAYA – Mengakui emosi terkesan dengan pengakuan pernikahan Syamsul Yusof dengan Ira Kazar, aktres Janna Nick menyifatkan Puteri Sarah merupakan wanita yang sangat kuat sepanjang berdepan dengan kemelut rumah tangganya.

Janna atau nama penuhnya Nur Janna Muner dalam beberapa antaran InstaStorynya semalam memberitahu, dia antara individu yang sentiasa menemani Puteri Sarah setiap kali pelakon itu mengalami masalah rumah tangga.

Dia juga meluahkan rasa geram apabila melihat rakan baiknya itu difitnah kerana tidak berbincang menyelesaikan masalah dengan suami dan mencanang kisah rumah tangga dalam media sosial.

“Aku ajak ke Phuket, Thailand sebab ingin lihat dia gembira dan lupakan masalah.

“Kau senang-senang sahaja nak cakap dia tabur fitnah dan aibkan kau,” katanya.

Selaku rakan baik, pelantun lagu Gatal itu berkata, dia mengajak Puteri Sarah menjalani penggambaran bersama kerana enggan melihatnya sedih kerana keseorangan.

Dia juga mempertikaikan cara Syamsul yang membiarkan Puteri Sarah menghadapi kemelut rumah tangga seorang diri sedangkan suaminya bersama wanita lain.

“Aku ajak dia jalani penggambaran sebab tak mahu dia keseorangan dan sedih.

“Tetapi kau? Dengan penyondol itu? Bagaimana kau boleh tidur pada waktu malam ya?” katanya lagi.

Dalam pada itu, pelakon drama Marry Me Senorita itu kagum dengan semangat Puteri Sarah yang tetap profesional dalam setiap kerjanya meskipun dilanda masalah.

“Dia kalau nak aibkan kau, tahun 2021 sudah dilakukannya. Tahun lalu dia datang set penggambaran menangis pada aku kemudian tetap profesional waktu berlakon.

“Betapa kuatnya seorang Puteri Sarah yang cuba mempertahankan rumah tangga demi anak-anak,” ujarnya.

Semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pengakuan Syamsul yang sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.

Turut tular foto mereka sedondon memakai busana berwarna putih, hadir sama ialah bapa Ira iaitu pelakon senior Kazar Saisi yang menjadi wali kepada anaknya.

Pendedahan tersebut mendapat reaksi Puteri Sarah yang menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang selain berkongsi Syamsul menyekatnya dalam aplikasi WhatsApp sejak setahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI