fbpx

Tunku Azizah perkenan lancar Pes Asam Pedas dan Rendang Betawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tiga dari kiri) mencemar duli melancarkan pes asam pedas dan rendang Betawi di Kompleks Penjara Bentong di Bentong hari ini.

BENTONG – “Saya terima mereka sebagai kawan untuk mengajar”.

Demikian titah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada majlis pelancaran Pes Asam Pedas dan Rendang Betawi dari Buku Resepi Air Tangan Tengku Ampuan Pahang di sini hari ini.

Pada majlis itu, Tunku Azizah berkenaan mencemar duli melancarkan produk pes asam pedas dan rendang Betawi yang merupakan resepi baginda yang diajar kepada penghuni penjara.

Penyediaan pes asam pedas dan rendang Betawi ini melibatkan lima orang staf dan 33 penghuni yang dipilih berdasarkan kreativiti masing-masing.

Tunku Azizah bertitah, pelbagai ilmu disediakan di penjara seperti membuat kuih, makanan seperti pes, sulaman dan sebagainya yang amat signifikan dalam membantu penghuni penjara memulakan kehidupan baharu.

“Untuk mereka (penghuni penjara) saya ajar enam jenis resepi (kek) yang sudah dijual pada hari raya dan sepanjang tahun.

“Datuk Nordin Muhamad (Ketua Pengarah Penjara Malaysia) beritahu, enam lagi (resepi kek selepas satu resepi semalam) insya Allah saya akan datang balik, mungkin banyak lagi bukan sahaja makanan, seni tenunan, sulaman dan sebagainya yang boleh dibuat dalam penjara,”titah baginda di sini hari ini.

Dalam pada itu Nordin berkata, pelancaran itu juga bertujuan memperkenalkan prospek-prospek yang akan memasarkan dan menggunakan pes-pes ini.

Beliau memberitahu penyediaan pes itu mematuhi standard piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Patik turut merafak sembah menyembahkan ucapan setinggi-tinggi junjungan kasih atas limpah perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj diatas komitmen berterusan.

“Ia bukan sahaja untuk memartabatkan seni dan kraf warisan negara malah pembangunan semula diri penghuni disebalik tembok batu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI