fbpx

Tular budak conteng kereta awam sekitar Sungai Ara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan orang awam yang diconteng oleh seorang kanak-kanak di Sungai Ara, Pulau Pinang petang semalam.

PETALING JAYA – Aktiviti vandalisme dalam kalangan kanak-kanak dan remaja semakin menjadi-jadi apabila mereka ini dilihat berlagak ‘samseng’ seperti orang dewasa.

Terbaharu, tular beberapa gambar di Twitter memaparkan tindakan seorang kanak-kanak lelaki menyembur cat pada bahagian pintu kereta orang awam.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sekitar Tingkat Kenari, Sungai Ara, Pulau Pinang petang semalam.

Menerusi perkongsian @isusemasaviral, beberapa kenderaan telah menjadi sasaran vandalisme apabila terdapat contengan perkataan yang tidak senonoh.

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna, Fahmy memaklumkan terdapat kes dilaporkan mengenai tindakan seorang individu yang sering mencalarkan serta menyembur cat pada kereta baharu penduduk flat disebabkan perasaan iri hati.

“Baru duduk sembang dengan budak Carsome baru-baru ini, ada dia cerita dekat flat dia pun ada jenis yang tak boleh tengok kereta baharu. Mesti nak calarkan, saya rasa manusia seperti ini ada rosak otak sebab suka rosakkan harta benda orang,” ciapnya.

Sementara itu, beberapa pengguna lain mendakwa tindakan kejam tersebut dilakukan oleh kumpulan kanak-kanak Rohingya.

“Saya selalu juga terserempak dengan budak Rohingya lalu celah-celah kereta di kawasan parkir sambil bawa kayu, bila saya tegur, terus lari,” kata Wan Azmir.

“Rohingya agaknya, pernah jumpa seorang budak ini baling telur pada cermin kereta kawan saya, kami cuba kejar tapi tak dapat, melampau betul perangai itu,” kongsi Asyraf. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI