fbpx

TMJ tawar Stadium Sultan Ibrahim sebagai ‘kandang’ Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH menyatakan KBS menyambut baik tawaran yang dibuat oleh TMJ berhubung stadium untuk skuad kebangsaan beraksi apabila Stadium Nasional Bukit Jalil menjalani kerja-kerja pembaikan.

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyambut positif tawaran yang dibuat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menjadikan Stadium Sultan Ibrahim sebagai ‘kandang’ Harimau Malaya.

Menurutnya, Tunku Ismail sudah terbukti banyak memberi sumbangan kepada bola sepak negara seperti transformasi yang dilakukan terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT).

“KBS menyambut baik cadangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menawarkan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai gelanggang rasmi Harimau Malaya.

“Semestinya kita menyambut baik tweet TMJ (berhubung tawaran stadium) kerana TMJ banyak membantu KBS,” katanya kepada selepas merasmikan Majlis Pelancaran Al-Ikhsan Sports x The MESSI Brand di Football Republic.

Sebelum ini, Tunku Ismail menerusi akaun Twitter mengesahkan sudah berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan malah sudah berkongsi idea dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Setelah berbincang dengan Menteri KBS Hannah Yeoh berkenaan penyelenggaraan padang SNBJ yang akan bermula Mac ini. Saya telah berjumpa dengan Presiden FAM untuk berkongsi ‘update’ dan menawarkan Stadium Sultan Ibrahim untuk digunakan Harimau Malaya sementara menunggu padang SNBJ siap,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI