fbpx

Sedekah 1,000 sarapan percuma setiap Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJA ABDUL SALAM (tengah) beramah mesra dengan sebahagian pelanggannya yang menikmati sarapan percuma di Restoran DSH, Batu Burok, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Sebuah restoran di bandar raya ini mengambil inisiatif menawarkan sarapan percuma kepada sehingga 1,000 pelanggan pada setiap hari Jumaat bermula semalam.

Pengurus Restoran DSH, Raja Abdul Salam Raja Gazali berkata, antara menu makanan yang disediakan secara percuma tersebut ialah nasi lemak, nasi minyak, roti canai, roti bakar dan aneka kuih-muih.

“Hari ini (semalam) kami menyediakan 500 pinggan nasi lemak, 300 nasi minyak, 500 roti canai dan 200 roti bakar selain kuih-muih.

“Ini antara usaha kami untuk berkongsi rezeki pada hari Jumaat yang mulia ini. Insya-Allah jika kita buat ramai orang gembira, rezeki akan bertambah,” katanya ketika ditemui di restorannya di Batu Burok di sini semalam.

Raja Abdul Salam berkata, golongan sasaran mereka ialah keluarga kurang berkemampuan yang semakin terbeban dengan peningkatan kos sara hidup masa kini.

Sementara itu, salah seorang pelanggan, Wan Nur Ridhwatul Husna Wan Mohd Hassim, 21, menghargai usaha diambil Restoran DSH berkenaan.

Dia mengharapkan lebih ramai peniaga makanan berkemam­puan mengambil inisiatif sama.

“Semoga lebih ramai golongan ibu tunggal, anak yatim dan keluarga yang mempunyai ramai anak menerima manfaat menikmati sarapan pagi secara percuma seperti ini,” katanya.

Seorang lagi pelanggan, Madihah Azrina Mohamed Khaled, 37, pula berkata, menu sarapan yang disajikan secara percuma amat menetapi seleranya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI