fbpx

Sabah tidak perlukan Ketua Menteri baharu – Pandikar Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pandikar Amin.

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia berpendapat Sabah tidak memerlukan Ketua Menteri baharu.

Beliau menyifatkan tindakan beberapa pemimpin yang cuba menggulingkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dilihat sesuatu yang tidak seharusnya berlaku.

“Tindakan itu juga hanya menjejaskan imej dengan status mereka sebagai pemimpin yang berpengalaman dan matang dalam berpolitik.

“Sabah ketika ini tidak memerlukan ketua menteri atau kerajaan baharu yang dipimpin oleh siapa-siapa.

“Hajiji individu layak memegang jawatan sebagai ketua menteri berdasarkan pengalamannya yang luas dalam pentadbiran.

“Beliau juga miliki sikap inklusif, tidak suka bermusuhan, mengaibkan atau menunjuk kelebihan diri.

“Sebagai analogi, walaupun seorang nakhoda itu sarat dengan ilmu pelayaran dan sebagainya, bahtera yang dinakhodai oleh beliau tidak akan selamat sampai ke destinasi, jika petugas lain tidak membantu nakhoda mereka,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Pandikar yang juga Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah berkata, keadaan ekonomi serta politik Sabah masih belum mencapai tahap yang membanggakan walaupun ditadbir barisan pemimpin berpengalaman, mempunyai kemahiran masing-masing serta berpendidikan tinggi.

“Kegagalan terbabit adalah disebabkan oleh tabiat ‘jatuh-menjatuhkan’ kerajaan yang berakhir juga dengan keadaan yang serupa seperti sebelumnya. Semua pemimpin dan parti politik Sabah harus bersatu memberi sokongan kepada Hajiji untuk membangunkan negeri.

“Sebagai pemimpin kanan komponen kerajaan GRS -BN, yang dimandatkan oleh rakyat Sabah untuk mentadbir kerajaan negeri, mereka sewajarnya berpadu fikiran dan tenaga membantu ketua menteri untuk melaksanakan tanggungjawab,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI