fbpx

Polis nafi penglibatan Acryl Sani dalam pelaburan Amundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan penglibatan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam skim pelaburan Amundi.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saadudin berkata laporan polis telah dilakukan ke atas individu tidak bertanggungjawab menyamar dan menggunakan nama KPN.

“PDRM telah mengesan satu chat kumpulan di aplikasi Whatsapp yang memperomosikan pelaburan dikenali dengan nama pelaburan Amundi.

“Dalam chat group tersebut terdapat satu profil Whatsapp yang menyamar sebagai KPN dengan menggunakan nombor 010-2301160, mendakwa kononnya KPN turut menyertai skim pelaburan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, siasatan terhadap skim pelaburan berkenaan juga sedang giat dijalankan.

“Orang ramai dinasihati untuk sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan skim penipuan pelaburan sebegini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI