fbpx

PM akan umum siapa Duta baharu ke Indonesia – Zambry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAMBRY (dua kiri) beramah mesra dengan pemberita selepas sidang akhbar sebelum berlepas ke Indonesia di KLIA hari ini - Foto AMREE AHMAD

SEPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan nama Duta Besar Malaysia yang baharu untuk ditugaskan ke Indonesia dalam tempoh terdekat.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ketika ditanya mengenai siapakah akan mengisi jawatan duta yang ke-18 di republik berkenaan.

“Insya-Allah sudah ada nama calon itu di peringkat akhir sebelum diumumkan tidak lama lagi.

“Saya tak dapat sebut namun biarlah ia diumumkan sendiri Perdana Menteri dan proses saringan akhir sedang dilaksanakan kerajaan sebelum ia dimuktamadkan,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Sidang media itu diadakan bersempena dengan lawatan rasmi julung kali Anwar ke negara republik tersebut setelah dilantik sebagai pemimpin kerajaan pada 24 November lepas.

Jawatan Duta Besar Malaysia ke Indonesia tidak diisi sejak Datuk Zainal Abidin Bakar bersara wajib pada 4 April 2021 lalu dan sebelum ini, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disenaraikan namun secara tiba-tiba digugurkan pada 11 September 2022.

Mengulas lanjut, menteri itu bagaimanapun enggan menyatakan sama ada nama calon kali ini melibatkan pelantikan individu politik atau dari kalangan pegawai awam sendiri.

Kelazimannya, dari segi prosedur protokol diplomatik, senarai nama duta baharu yang dicadangkan perlu mendapat persetujuan negara tuan rumah sebelum boleh diluluskan.

Negara hos itu pula kebiasaannya akan meneliti laporan yang disediakan pihak kedutaan di negara terbabit termasuk latar belakang calon duta sama ada sesuai atau sebaliknya.

Situasi kemungkinan boleh menjadi bertambah rumit jika nama calon berkenaan ada isu tertentu di negaranya dan keadaan tersebut turut dialami pelbagai negara seluruh dunia.

Bagaimanapun, menteri luar sebelum ini, Datuk Seri Saifuddin Abdullah membayangkan duta baharu Malaysia selepas ini tiada lagi lantikan politik bagi mengelakkan kemelut seperti itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI