fbpx

Moga Allah gantikan ‘ayah’ lebih baik buat cucu saya – Fatimah Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOMEN Fatimah Ismail yang menuai respons netizen tentang kemelut rumah tangga anak dan menantunya.

PETALING JAYA – Ramai wanita di luar sana turut berkongsi rasa sama dialami Puteri Sarah apabila dibohongi dan dicurangi suami selepas pengakuan Syamsul Yusof berkahwin dua.

Menjenguk lapangan media sosial, ramai kaum wanita bersatu hati melahirkan sokongan terhadap Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang terpaksa menelan pahit realiti dia sudah dimadukan dengan Ira Kazar.

“Kes Puteri Sarah sangat dekat dengan ramai isteri dicurangi di luar sana.

“Anak-anak walaupun masih kecil tapi mereka faham kot. Merekalah mangsa yang sebenar. Sedih. Teruskan berjuang, Puteri Sarah,” ciap seorang pengguna Twitter.

Sementara itu, hubungan baik Sarah dengan ibu mertuanya, Fatimah Ismail terus menjadi perbualan terutama apabila isteri kepada penerbit filem tersohor, Datuk Yusof Haslam itu mengharapkan agar menantu kesayangannya bertemu jodoh yang lebih baik.

“Semoga Allah gantikan ‘ayah’ yang lebih baik buat cucu-cucu saya,” tulis Fatimah menerusi Instagram.

Kenyataan tersebut menguatkan satu kebenaran yang pasti iaitu Sarah sangat disayangi mentuanya seperti anak sendiri hingga sanggup merelakan dia bertemu jodoh yang lain andai itu jalan bahagia.

“Fuh, tak rilek mak (Syamsul) sendiri suruh menantu cari lain ke,” ciap seorang pengguna Twitter.

Semalam, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof mendedahkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand.

Tidak menunggu lama, Sarah pula membuat pembongkaran dengan menyifatkan suaminya itu sebagai lelaki pengecut termasuk memaklumkan, dia disekat (block) Syamsul dalam aplikasi WhatsApp selama setahun sekali gus mempersoalkan siapa yang sebenarnya mengelak berbincang soal rumah tangga.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 sebelum dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI