fbpx

1,000 etnik Chin beli kad pelarian RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee Daud menunjukkan barang rampasan pertubuhan tidak berdaftar dalam sidang akhbar Op Sapu di Jalan Abraham, Off Jalan Imbi, Kuala Lumpur, malam tadi. FOTO/AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Markas sebuah pertubuhan tidak berdaftar dipercayai telah mengiktiraf lebih 1,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagai pelarian terbongkar dalam serbuan Op Sapu di Jalan Abraham, Off Jalan Imbi, di sini., malam tadi.

Pertubuhan haram yang beroperasi sejak tahun 2009 menawarkan kad keahlian yang menyatakan pemilik merupakan pelarian yang di dalam permohonan menerima kad Suruhanjaya Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, premis  tersebut dikesan menjalankan aktiviti memproses permohonan bagi PATI etnik Chin daripada Myanmar.

Kata beliau, modus operandinya adalah mengedarkan kad secara berbayar yang mengiktiraf pemiliknya sebagai seorang pelarian yang sedang memohon pemindahan ke negara ketiga daripada pihak UNHCR.

“Kad pertubuhan turut ditulis nama organisasi dan menyatakan di dalam Bahasa Melayu ‘pemegang kad ini seperti muka di hadapan adalah seorang pelarian’.

“Pemegang kad diberi pengiktirafan sebagai seorang pelarian sedangkan pemegangnya belum mendaftar dan memiliki kad dari UNCHR, kad seperti ini adalah dokumen tidak sah dibawah peraturan JIM mahupun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” ujar beliau dalam sidang akhbar Op Sapu di lokasi serbuan, awal pagi tadi.

Mengulas lanjut berkenaan dalang disebalik pertubuhan itu, Khairul Dzaimee berkata, pengerusi pertubuhan itu merupakan salah satu daripada warga asing yang ditahan.

“Soal siasat akan difokuskan pada mereka yang dari etnik Chin seperti berapa lama sudah berada disini dan bagaimana masuk ke Malaysia.

“Pertubuhan ini turut mengenakan bayaran keahlian yang berjumlah RM500 seorang, difaham bayaran tersebut untuk proses pengeluaran kad menggunakan mesin cetak sendiri dan dicetak gambar ahlinya pada kad terbabit.

Sehubungan itu, Khairul menegaskan, pihaknya akan memanjangkan dokumen yang dirampas pada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan agensi yang lain dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Paling penting sekali pertubuhan ini tidak berdaftar atau tidak sah dan mengiktiraf pemilik sebagai pelarian, hal ini akan dibawa agensi dibawah KDN untuk tindakan lanjut,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI