fbpx

Lima ADUN UMNO Sabah berdepan tindakan disiplin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar ketika sidang media khas di pejabat UMNO Sabah sebentar tadi. -Foto: Ivan Amirul-

KOTA KINABALU – Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO tidak menyokong keputusan dibuat parti menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bakal berdepan tindakan disiplin.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tindakan disiplin akan diambil kepada kelima-lima yang membuat tindakan bertentangan dengan keputusan parti.

“Kita akan mengambil apa jua langkah dan tindakan tegas termasuklah tindakan disiplin kepada mana-mana ADUN UMNO yang khianat serta tidak menyokong keputusan parti.

“Keputusan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor adalah keputusan parti,”katanya ketika sidang media khas di Pejabat UMNO Sabah malam tadi.

Terdahulu, BN Sabah menarik sokongan daripada kerajaan Sabah berikutan hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI