KOTA KINABALU – Rombongan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dilihat memasuki perkarangan Istana Seri Kinabalu sebentar tadi.
Kenderaan jenis Lexus berwarna hitam bertulis no pendaftaran Ketua Menteri masuk ke pintu utama istana sekitar pukul 4.20 petang.
Istana Seri Kinabalu kembali menjadi tumpuan apabila dijangka bakal terdapat pergerakan masuk melibatkan ahli politik Sabah sekitar jam 4 petang ini.
Beliau dijangka bertemu dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin namun tujuan pertemuan berkenaan belum dapat dipastikan
Terdahulu, pengamal media sudah mula berkumpul di luar pintu utama malahan ada menunggu sejak tengah hari lagi.
Sementara itu, Setiausaha Perhubungan Kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir turut menyampaikan makanan dan minuman kepada wakil media di perkarangan pintu masuk Istana Seri Kinabalu. – KOSMO! ONLINE