fbpx

EPL: Manchester City kembali yakin mampu buru Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHREZ meledak gol tunggal perlawanan ketika City mencatat kemenangan 1-0 ke atas Chelsea awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola meng­akui bahawa para pemainnya sudah membuktikan bahawa mereka tidak berdepan isu mentaliti selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Chelsea di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Kemenangan itu menyaksikan jurang antara mereka de­ngan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal mengecil kepada lima mata sekali gus menghidupkan kembali pe­luang untuk memburu kejuaraan musim ini.

Guardiola dalam nada seloroh mendakwa dirinya seorang yang genius apabila membuat keputusan membawa masuk dua pemainnya, Jack Grealish dan penjaring gol tunggal perlawanan, Riyad Mahrez sebagai pemain gantian.

“Sepatutnya minggu ini jaraknya mampu menjadi 10 mata kerana Arsenal menentang Newcastle. Saya fikir Newcastle telah memberikan aksi terbaik menghalang Arsenal menang, tetapi kami juga melakukan yang terbaik kerana bukan mudah untuk menang di sini. Sekarang jurangnya menjadi lima mata.

“Saya beritahu pemain bahawa kemenangan ini tidak memberikan perubahan ketara. Kami masih mempunyai 63 mata untuk dimenangi, ia jumlah yang masih banyak, tetapi setiap mata itu penting. Kami perlu terus membuktikan kemampuan sendiri.

“Ramai yang menganggap kami mampu menjadi juara pada bulan November lalu, namun ia mustahil. Arsenal dan Manchester United tidak merasai tekanan seperti itu. Me­raih empat gelaran dalam lima musim, ia bukan tugas mudah.

“Apa yang berlaku musim lalu dan apa yang kami sedang lalui ketika ini, buatkan saya kekal gembira. Kami mahu terus merapati Arsenal, tetapi mereka layak untuk berada di kedudukan tersebut berdasarkan cara mereka bermain dan saya sedar bahawa itulah cabaran buat kami,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI