fbpx

Enam wanita lakukan cubaan mendayung 8,000 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENAM wanita yang cuba mendayung dari Lima menuju Mo'orea bergambar di Lima pada 4 Januari lalu. -- AFP

LIMA, Peru – Enam wanita cuba mendayung sejauh 8,000 kilometer menyeberangi Lautan Pasifik untuk meningkatkan kesedaran bagaimana sukan boleh membantu pesakit kanser menangani ketegangan emosi.

Kesemua wanita dengan seorang dari Sepanyol dan bakinya warga Perancis, bermula dari Lima Rabu lepas dengan mendayung papan luncur tunggal menuju ke Mo’orea di Kepulauan Polynesia Perancis.

“Kami akan cuba melakukan cabaran yang belum pernah dilakukan iaitu mendayung dari Lima ke Mo’orea,” kata Stephanie Geyer Barneix daripada Kelab Mendayung Lima kepada agensi berita AFP sebelum bermula.

“Projek ini mengambil masa tiga tahun dan hari ini (Rabu lepas) ia direalisasikan. Kami akan mendayung siang dan malam untuk tiba di Mo’orea Mac ini,” tambah wanita berumur 47 tahun itu yang merupakan bekas pesakit kanser payu dara.

Pasukan wanita itu akan bergilir-gilir mendayung papan luncur dan menukar tempat setiap jam untuk mendayung dalam keadaan berdiri, sementara lima yang lain berehat dalam sebuah bot catamaran di belakangnya.

Kesemua mereka ialah atlet dan pengawal pantai terlatih berusia antara 22 tahun hingga 47 tahun.

Setiap anggota pasukan akan mendayung sekitar empat jam sehari dengan Geyer Barneix menjangkakan mereka dapat bergerak atara 5 hingga 6 kilometer setiap jam.

Cubaan tersebut mendapat inspirasi daripada ekspedidi Kon-Tiki tahun 1947 yang diketuai oleh penjelajah Norway, Thor Heyerdahl.

Dia membuat rakit kayu menggunakan bahan dan teknologi berusia ratusan tahun dalam cubaan membuktikan bahawa penduduk Amerika Selatan kuno sampai ke Polynesia menerusi jalan laut. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI