fbpx

Dua Datuk direman empat hari isu konsesi Menara KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua pengurus kanan syarikat bergelar Datuk direman empat hari bagi membantu siasatan kes pembelian saham dan isu pengambilalihan pengurusan Menara KL.

PUTRAJAYA – Dua pengarah kanan syarikat bergelar ‘Datuk’ direman selama empat hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan kes pembelian saham dan isu pengambilalihan pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL).

Perintah tahanan reman terhadap individu berusia 49 dan 59 tahun itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum itu, kedua-dua suspek dilihat tiba di Mahkamah Majistret kira-kira pukul 10.40 pagi tadi dengan diiring pegawai SPRM.

Dua individu berkenaan ditahan SPRM semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

Mereka yang ditahan adalah seorang pengarah urusan syarikat yang didakwa terbabit mengambil alih saham Syarikat Menara KL dan ahli perniagaan yang bertindak sebagai ‘orang tengah’.

Sumber memaklumkan, antara habuan didakwa terbabit ialah wang rasuah ratusan ribu ringgit dan seutas jam tangan mewah yang dikatakan sebagai hadiah kepada ‘orang atasan’ untuk membantu pengambilalihan itu.

SPRM dilaporkan telah memulakan siasatan berhubung isu penjualan saham dan pengambilalihan konsesi penyelenggaraan Menara KL daripada syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, milik penuh Telekom Malaysia.

Beberapa saksi termasuk pegawai Kanan Telekom, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta syarikat-syarikat terlibat telah diambil kenyataan bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI