fbpx

Bengkak, bedah muka alasan perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA artis yang pernah mengalami masalah sinus kronik sehingga perlu menjalani rawatan.

BENGKAK di sekeliling mata hingga membuatkan keseluruhan wajah berubah antara impak selepas menjalani pembedahan sinus endoskopi atau rawatan untuk sinusitis.

Sinus atau sinusitis didefinisikan sebagai keradangan membran mukos yang menyelaputi paranasal sinus difahamkan boleh mengakibatkan gejala migrain, hidung tersumbat, hilang deria bau, rasa kurang selesa serta sakit pada rahang.

Pelakon Zarina Zainuddin antara penderita sinus yang sudah melalui pelbagai fasa kesakitan hingga akhirnya memilih pembedahan endoskopi selepas pengambilan ubat-ubatan tidak mampu melegakan sakit kepalanya.

Zarina Zainuddin

Namun, kesan prosedur menghilangkan penyumbatan dalam saluran sinus itu mengakibatkan bengkak pada wajahnya hingga mengundang salah faham netizen yang menyangka pelakon berusia 52 tahun itu ‘buat’ hidung.

Tuduhan segelintir pihak membuatkan Zarina tampil menangkis kecaman dengan menegaskan kesakitan akibat sinus pernah mendorongnya menghentakkan kepala ke dinding.

Hakikatnya, sinus atau resdung adalah penyakit senyap yang dialami ramai lagi penderita, termasuk beberapa selebriti yang turut memilih pembedahan sebagai kaedah terakhir meredakan masalah, selain ada juga yang masih mempertimbangkan melakukan prosedur tersebut.

Ezad Lazim

Penyanyi Ezad Lazim mendedahkan penyakit sinus yang pernah dideritai pada 2016 kini berulang kembali hingga dinasihatkan menjalani pembedahan endoskopik.

Pemilik nama penuh Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 40, itu mendedahkan, selain mengambil ubat-ubatan, dia juga diminta mengurangkan pengambilan makanan laut.

Kini Ezad sekali lagi berhadapan masalah sama bahkan hasil pemeriksaan mendapari terdapat satu ketumbuhan kecil dalam hidungnya dikenali sebagai nasal polyps.

Andai ketumbuhan tersebut tidak kecut, dia perlu menjalani pembedahan memandangkan ketika ketika ini, hanya lubang hidung sebelah kirinya sahaja yang berfungsi.

Jaclyn Victor

Pada awalnya Jaclyn Victor mempunyai masalah tulang hidung bengkok, namun lama-kelamaan dia menyedari berlaku perubahan ketara terhadap deria bahagian itu.
Apabila terkena habuk, cuaca sejuk mahu pun asap, hidungnya menjadi sangat sensitif dan berair hingga mengganggu pernafasan dan nyanyian.
Doktor pula mengesahkan masalah sinusnya yang dihadapi sudah menghimpit bahagian tepi hidungnya.
Buat masa ini penyanyi bervokal lantang itu masih mempertimbangkan untuk segera atau menangguhkan penbedahan sebagai rawatan.
Masalah Jac diketahui umum apabila juri Gegar Vaganza menegurkan vokalnya kedengaran sengau seperti selesema.

Shaarnaz Ahmad

DUA tahun lalu, pelakon Shaarnaz Ahmad turut memilih mengikuti saranan pakar supaya menjalani pembedahan bagi mengelakkan sinusnya berulang.

Pelakon Jebat itu berkongsi pengalaman melakukan prosedur rawatan di sebuah hospital swasta menerusi Instagram.

Tidak terlalu memperincikan tahap keseriusan dan jenis rawatan yang dilakukan, sehingga kini Sharnaaz baik-baik sahaja tanpa banyak perubahan ketara pada wajah dan hidung selepas menyelesaikan masalah sinus di wajahnya.

Ajai

Komposer dan penyanyi, Ajai mengaku telah menjalani pembedahan hidung atas faktor kesihatan sekitar 2013 selepas menderita penyakit resdung sejak berbelas tahun sebelum itu.

Kemuncak kesakitan dialaminya adalah apabila telinga kiri didapati tidak dapat mendengar selepas bangun daripada tidur pada satu pagi.

Selepas pemeriksaan pakar, gegendang telinga kirinya disahkan hampir terjejas, manakala lendir juga banyak tersumbat pada saluran batang hidung.

Dalam wawancara bersama akhbar, Ajai atau Muhammad Faizal Maas mendedahkan doktor menasihatkannya menggantikan batang hidungnya dengan batang palsu atau jika tidak diubati dia berisiko pekak.

Kos keseluruhan bagi prosedur yang dijalaninya di sebuah pusat perubatan swasta pada 2013 dianggarkan mencecah RM28,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI