PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengluarkan amaran hujan berterusan di dua negeri Pantai Timur hari ini.
MetMalaysia berkata, amaran tahap waspada itu dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu.
“Di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
“Manakala di Terengganu di daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu,”katanya.
Katanya juga, hujan berterusan juga dijangka berlaku di Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat bermula 9 hingga 11 Januari ini. – KOSMO! ONLINE