fbpx

5 tahun suami culas bayar nafkah, wanita berjaya tuntut RM70,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Masih ramai para isteri di luar sana yang menanggung seksa hidup tanpa menerima sebarang bayaran nafkah daripada si suami selain terpaksa membesarkan anak-anak dengan pendapatan sendiri.

Menerusi perkongsian cerita oleh peguam, Suriati Ghani di Facebook, beliau memberitahu mengenai satu kes di mana anak guamnya (wanita) menuntut nafkah yang sudah tertunggak selama 5 tahun 1 bulan daripada bekas suaminya.

Bagaimanapun, keputusan mahkamah akhirnya menetapkan wanita itu dibayar tuntutan nafkah sebanyak RM69,705.

“Bekas isteri puas hati dengan keputusan mahkamah dan bekas suami terima keputusan dengan reda malah sempat mohon maaf dengan bekas isteri serta peguam setelah selesai keputusan kes.

“Kes ini asalnya bermula dengan tuntutan nafkah oleh isteri (masa tu belum cerai, isteri tuntut nafkah), tapi kes nafkah tu terpaksa ditarik balik sebab suami failkan cerai.

“Tindakan isteri memfailkan tuntutan nafkah menunjukkan memang berlaku suami culas dalam memberi nafkah dan isteri menuntut di mahkamah supaya ditetapkan sejumlah nafkah bulanan untuk beliau,” katanya pada hantaran yang dimuat naik baru-baru ini.

Sehubungan itu, Suriati sempat meninggalkan pesanan buat kaum isteri di luar sana agar bertindak menuntut nafkah daripada suami sekiranya mereka tidak menjalankan kewajipan tersebut.

“Jadi tindakan awal, saya nak tekankan di sini, jika suami culas, mintalah nafkah, jangan diam, diam bermaksud reda,” ujarnya.

Suriati turut menjelaskan terdapat dua nafkah yang dituntut iaitu tuntutan nafkah isteri dan tuntutan nafkah tertunggak isteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI