fbpx

Warga emas ditemui tergantung dalam stor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

REMBAU – Seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam sebuah stor di daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada cucu saudara si mati pada pukul 10 pagi.

Sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Lelaki berusia 63 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Rembau.

“Berdasarkan siasatan, warga emas tersebut tinggal bersama anak saudaranya serta kakak. Anak saudaranya menemui lelaki itu dalam keadaan tergantung di dalam stor belakang rumah.

“Siasatan lanjut tidak menemui apa-apa unsur jenayah dalam kes kematian lelaki tersebut,” katanya di sini hari ini.

Mayat warga emas itu dihantar ke Hospital Rembau di sini untuk proses bedah siasat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI