fbpx

[VIDEO] Ira Kazar sah bergelar isteri Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi di laman media sosial menunjukkan Syamsul mengesahkan perkahwinannya dengan Ira Kazar.

PETALING JAYA – Spekulasi berkaitan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, dan Ira Kazar yang didakwa sudah bernikah akhirnya terjawab apabila mengesahkan perkara itu menerusi video dimuat naik dalam laman Instagram sebentar tadi.

Menurut Syamsul, pernikahannya bersama Ira berwalikan bapa wanita itu yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

“Hari ini saya bergelar suami Ira dengan berwalikan bapanya, Saisi. Ira kini sah menjadi isteri saya di sisi syarak dan Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Syamsul turut mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang bersabar menanti perkembangan terbaru termasuk isu rumah tangganya yang menjadi topik hangat di media sosial.

“Penghujungnya, saya kena beri penjelasan terhadap setiap persoalan. Seperti dikatakan, saya akan meletakkan titik noktah terhadap isu rumah tangga yang tidak sepatutnya di kongsi dalam media sosial, tetapi nak buat macam mana.

“Alhamdulilah saya telah bernikah dengan Ira di Thailand. Ada sebab saya memilih berkahwin di sini bagi memudahkan beberapa perkara,” jelasnya.

Bercerita lanjut, Syamsul memaklumkan perkahwinan keduanya itu sudah didaftarkan secara sah hari ini dan berharap isteri pertamanya, Puteri Sarah dapat pulang ke rumah untuk  menyelesaikan masalah mereka secara baik, bukannya mengaibkan mana-mana pihak.

“Saya mahu menegaskan Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, pulanglah. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.

“Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya,” ujarnya.

Syamsul berkata, dia juga tidak berniat membelakangkan keluarganya.

“Tak pernah terlintas membelakangkan keluarga, Saya harap doa baik-baik daripada ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.

“Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati dan dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki serta niat jahat.

“Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI