fbpx

Tujuh ADUN UMNO temui Hajiji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh ADUN UMNO Sabah bertemu Hajiji di kediaman beliau, malam tadi.

KOTA KINABALU – Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah sudah bertemu Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor malam tadi.

Bertempat di kediaman Hajiji, pertemuan berkenaan dibuat selepas perjumpaan pemimpin UMNO negeri di Bangunan UMNO Sabah, petang semalam.

Antara ADUN UMNO yang hadir pada perjumpaan itu ialah Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy (Tanjung Batu) dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Mohd Hamsan Ag Supain (Sungai Sibuga).

Diketuai Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan gambar pertemuan itu dikongsikan Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd. Ariffin Mohd. Arif yang turut hadir pada perjumpaan sama.

“ADUN UMNO diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan berkunjung silaturahim kepada YAB (Yang Amat Berhormat) Ketua Menteri di kediaman beliau,” katanya dalam perkongsian di laman Facebook.

Turut hadir Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan negeri, Datuk James Ratib (Sugut); Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Harun Durabi (Bengkoka); Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin); dan Datuk Raimie Unggi (ADUN Dilantik).

Terdahulu, semua ADUN UMNO Sabah diketuai Datuk Seri Bung Moktar Radin berkumpul di Bangunan UMNO Sabah sehingga timbul spekulasi mengenai pertukaran tampuk kerajaan negeri melalui kerjasama Parti Warisan (Warisan) dan UMNO Barisan Nasional (BN).

Pada masa sama, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijadualkan mengadakan sidang media di lokasi berasingan pada jam 4.30 petang semalam, dipercayai ada kaitan dengan spekulasi berkenaan, namun ditangguhkan selepas petugas media menunggu lebih dua jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI