fbpx

Tidak boleh salah guna kuasa menteri batalkan konsert – Hannah Yeoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Hannah di Twitter miliknya.

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan dirinya tidak boleh menyalah gunakan kuasa sebagai menteri untuk ‘mengorbankan’ konsert penyanyi Taiwan, Jay Chou yang dijadual berlangsung 15 Januari ini.

Yeoh berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda Bersatu (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menggesa Yeoh berbuat demikian bagi membolehkan Stadium Nasional Bukit Jalil digunakan sepenuhnya untuk perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Piala AFF Sabtu ini.

Yeoh memaklumkan, konsert Jay Chou itu merupakan konsert ‘world tour’ dan sebanyak 45,000 tiket sudahpun terjual.

“Axiata Arena hanya boleh muat 13,000 penonton sahaja.

“Nak keluarkan kenyataan politik, kena rajin semak fakta dulu,” katanya dalam satu ciapan di Twitter tadi.

Semalam, Yeoh menjelaskan sebanyak 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikosongkan berikutan kerja-kerja pemasangan struktur pentas konsert berskala antarabangsa yang berlangsung pada 15 Januari nanti.

Katanya, pemasangan struktur pentas di lokasi konsert berkenaan ditempah awal oleh pihak penganjur sejak Mac 2019 dan mustahil untuk mengubah situasi berkenaan memandangkan itu turut melibatkan jumlah kru yang ramai.

Isu kekosongan 21,000 tempat duduk itu juga mendapat kritikan daripada peminat bola sepak tanah air.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI