PETALING JAYA – Gara-gara salah alamat, ramai penghantar makanan terpaksa meletakkan makanan di rumah yang salah.
Menurut video dimuat naik @_nuoraziz di media sosial memaparkan terdapat notis pemberitahuan telah diletakkan di tembok dan pagar rumah memaklumkan penghantar makanan tetapi tidak berhasil.
“Di tembok serta pagar sudah diletakkan notis dan makluman menerusi media sosial juga sudah dilakukan. Namun, masih ramai lagi penghantar makanan yang meninggalkan makanan di alamat rumah kami.
“Tambahan lagi, semasa bulan puasa. Semakin banyak makanan yang ditinggalkan sedangkan kami tidak memesannya sehingga akhirnya makanan itu terpaksa dibuang begitu saja,” jelasnya menerusi video tersebut.
Di ruangan komen, hantaran itu mengundang pelbagai reaksi berbeza dalam kalangan netizen dan ada yang sempat berkongsi pengalaman sama.
“Mungkin masalah lokasi peta yang salah. Macam kakak saya yang sudah banyak kali mendapat pesanan makanan dihantar oleh Grab. Sedangkan dia tidak memesannya,” komen Hanani Hamid.
“Kadang, lokasi dipinkan itu yang salah. Seperti alamat rumah saya, susah sungguh hendak mencari alamat dalam foodpanda atau grab. Ada ‘rider’ yang baca dan ada yang tidak baca,” tulis Aniza Hanis pula.
Hantaran tersebut telah meraih 294,200 jumlah tontonan dan 2,743 tanda suka setakat ini. – KOSMO! ONLINE
@_nourazizStressed dah aiiiii… tak tahu dah nak buat macam mana…banyak kena buang je makanan tu…