fbpx

Portugal negara terbaik untuk berpindah pada 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gabungan kos sara hidup yang murah, pemandangan yang indah dan pilihan visa mesra pengembara menjadikan Portugal negara terbaik untuk berpindah pada 2023. - Rititaneves/Wikimedia Commons CC BY-SA 3.0

LISBON – Portugal tersenarai sebagai negara terbaik untuk berpindah pada 2023 disebabkan kombinasi kos sara hidup murah, pemandangan indah dan pilihan visa mesra pengembara, demikian menurut agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Indeks Persaraan Global Tahunan yang dikeluarkan oleh majalah International Living menyenaraikan 10 negara yang merupakan destinasi persaraan terbaik untuk 2023, tetapi bukan untuk pesara sahaja.

Memandangkan kerja dari rumah menjadi lebih biasa dan orang ramai mencari gaya hidup yang lebih santai, negara-negara yang tersenarai mungkin juga menarik minat ramai generasi muda.

Pada 2022, Portugal disenaraikan sebagai negara keenam paling selamat di dunia dalam Indeks Keamanan Global oleh laman analisis, Vision of Humanity.

Penjagaan kesihatan Portugal berada di tempat ke-12 di dunia untuk kemampuan dan kualitinya yang disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Infrastruktur Portugal adalah setaraf dengan Amerika Syarikat (AS) dan kebanyakan kawasan dilengkapi perkhidmatan internet gentian optik, menjadikan kerja jarak jauh boleh dilakukan.

Pemindahan warga asing adalah perkara biasa di Portugal yang membentuk kira-kira 5 peratus daripada populasi negara itu.

Pengarang International Living, Terry Coles berkata, seseorang boleh menampung perbelanjaan hidup mereka dengan kos antara AS$2,000 (RM8,802) dan AS$3,000 (RM13,203) sebulan, atau kurang jika mereka memilih untuk menetap di kawasan luar bandar di Portugal.

Mexico, Panama, Ecuador dan Costa Rica melengkapkan posisi lima teratas dalam senarai itu. Costa Rica disebut sebagai negara mudah untuk orang yang tinggal di Amerika Utara.

Sepanyol, Greece, Perancis, Itali dan Colombia pula melengkapkan senarai 10 teratas, masing-masing dengan faedah yang tersendiri.

Kira-kira 3 hingga 4 peratus penduduk dunia berpindah ke negara lain pada setiap tahun. Benua Eropah dan Asia menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 60 peratus pendatang, jauh mengatasi Amerika Utara dan seluruh dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI