fbpx

Pelajar lelaki murung parah jatuh bangunan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga parah selepas dipercayai terjatuh tingkat tiga bangunan sekolahnya di sini pagi tadi.

Difahamkan, pelajar berusia 15 tahun itu kini dirawat di Zon Merah, Hospital Putrajaya di sini.

Remaja itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal serta masih tidak sedarkan diri.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, pelajar berkenaan ditemui terbaring dan berlumuran darah di kepala oleh guru di sekolahnya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, tiada unsur jenayah dalam kejadian itu. Menurut saksi, dia melihat mangsa di kaki lima tingkat tiga bangunan berkenaan sebelum terjun.

“Kami juga dimaklumkan pihak sekolah bahawa pelajar itu dilaporkan pernah kemurungan ketika berada di sekolah. Pelajar itu juga pernah beberapa kali menjalani kaunseling dari pihak sekolah.

“Malah, dia juga pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Serdang kerana menelan parasetamol sebanyak 38 biji,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, salah seorang saksi yang ditemui mendedahkan pelajar itu pernah menceritakan mengenai tindakan menelan parasetamol dan pernah mencederakan tangan menggunakan pisau pemotong kertas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI