fbpx

Nenek dapat ijazah sarjana pada usia 89 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Donovan memperoleh ijazah sarjana dalam penulisan kreatif. - Universiti Southern New Hampshire

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang wanita warga emas di negeri Florida berjaya memperoleh ijazah sarjana pada usia 89 tahun, lapor agensi berita United press International (UPI) semalam.

Joan Donovan memakai topi dan menyarung jubah konvokesyen semasa mengadakan majlis graduasi persendirian di luar rumahnya di Florida. 

Dia memperoleh ijazah sarjana dalam bidang penulisan kreatif dari Universiti Southern New Hampshire.

Menurut Donovan, dia lulus sekolah menengah pada usia 16 tahun, tetapi keluarganya tidak mempunyai wang untuk menghantarnya menyambung pengajian di peringkat universiti.

Dia kemudian menjalani beberapa kursus pasca siswazah di sekolah menengah, tetapi pendidikannya tergendala selepas dia berkahwin dan berkeluarga.

Donovan kembali ke universiti untuk mendapatkan ijazah bersekutunya selepas anak-anaknya berpindah dari rumah. 

Dia kemudian lulus ijazah sarjana muda dari universiti pada usia 84 tahun setelah belajar selama empat tahun.

“Saya takut untuk memasuki kolej. Jadi saya katakan, ‘cuba sesuatu.’ Jika anda gagal, cuba lagi … tetapi teruskan mencuba,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI