fbpx

Kos bina tembok banjir Jakarta RM167 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMBINAAN tembok dan benteng bertujuan mengelak bencana banjir akibat fenomena air pasang besar di Jakarta. - ANTARA FOTO/Akbar Nugroho Gumay

JAKARTA – Jabatan Sumber Air (SDA) Jakarta menyediakan anggaran bajet berjumlah 595 bilion rupiah (RM167.7 juta) untuk pembinaan benteng pantai bagi menangani bencana banjir akibat fenomena air pasang besar, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.

“Bajet sementara sepanjang tempoh tiga tahun (2023-2025) adalah 595 bilion rupiah untuk kawasan Ancol Barat, Muara Angke dan Sungai Blencong,” kata Ketua SDA Jakarta, Yusmada Faizal kelmarin.

Menurut Yusmada, pembinaan benteng pantai di Jakarta ketika ini hanya siap 13 kilometer daripada sasaran sepanjang 46 kilometer.

Jelas beliau, baki 33 kilometer lagi  akan dilaksanakan oleh Pemerintah Wilayah sepanjang 11 kilometer, Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) sepanjang 11 kilometer dan selebihnya oleh syarikat PT Pelindo II atau KSOP Sunda Kelapa.

Sementara itu, berhubung tembok laut atau tembok laut gergasi, beliau berkata, Pemerintah Wilayah dan Kementerian Perancangan Pembangunan Nasional (Bappenas) akan membincangkannya bagi memuktamadkan rancangan itu.

Pemangku Gabenor Jakarta, Heru Budi Hartono berkata, pembinaan benteng dalam program National Capital Integrated Coastal Development (NCICD), baik benteng pantai mahupun benteng laut perlu disiapkan segera bagi memastikan keselamatan Jakarta daripada ancaman banjir air pasang.

“Kalau ingin Jakarta aman, kita harus membangun tembok laut atau tembok laut gergasi dan benteng pantai,” kata Heru pada Selasa lalu. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI